Saturday, March 7, 2015

Ekspo Selangkah Ke UiTM

Bertemu lagi kita...pada entri kali ini admin ingin kongsikan satu sesi yang mana amat berguna untuk semua bakal-bakal calon mahasiswa.

Keputusan SPM telah pun diumumkan dan kini ramai dikalangan pelajar-pelajar sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk melanjutkan pengajian. 

Pastinya mereka ini ingin mencari tempat rujukan terbaik untuk mendapat khidmat nasihat yang sesuai agar tidak berlaku kesilapan semasa proses permohonan hingga menyebabkan mereka tidak terpilih.

Oleh itu, admin ingin kongsikan satu ekspo yang sangat berguna untuk bakal-bakal mahasiswa untuk mendapat maklumat yang diperlukan terutama melanjutkan pengajian ke UiTM.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat-maklumat berguna ini pada 07 dan 08 Mac 2015.


Admin sempat juga melihat suasana ekspo pada siang tadi. Memang ramai yang menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat seperti yang diperlukan. 

Esok masih ada lagi ekspo ini..gunakan peluang ini untuk mendapat seberapa banyak maklumat bagi membantu semasa proses permohonan nanti.

Admin belanja gambar sambutan ekspo siang tadi.











p/s: pada masa admin ingin melanjutkan pengajian tiada ekspo-ekspo seperti ini dan tiada rujukan yang diterima. Beruntung pelajar-pelajar sekarang ini. Gunakan peluang yang ada untuk membantu merancang program yang ingin dipohon.


No comments:

Post a Comment