Wednesday, March 26, 2014

5 Tips Menghadapi Peperiksaan

3 hari telah berlalu. Kini pelajar diploma UiTM sedang menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan ini akan berlangsung dari 24 Mac 2014 sehinggalah 11 April 2014. Pada masa ini, perpustakaan, bilik bacaan, bilik 24 jam akan dipenuhi dengan pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

Peperiksaan


Pelbagai reaksi mahasiswa boleh dilihat untuk mengulangkaji semula pelajaran yang telah dipelajari. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk memastikan semua bab dibaca dan difahami.

Disini admin ingin berkongsi tips yang boleh digunakan untuk menghadapi peperiksaan:

Rehat secukupnya


1. Tidur Awal
Sekiranya esok telah dijadual untuk menjawab peperiksaan bagi sesuatu kursus, mahasiswa disarankan untuk tidur dan rehat secukupnya. Jangan kurang atau terlebih tidur dan rehat. Sekiranya kurang atau terlebih tidur atau rehat maka ianya akan mengganggu konsentrasi dan minda mahasiswa untuk menjawab peperiksaan itu nanti. 

Sekiranya mahasiswa mengambil langkah untuk tidak rehat atau tidur sehingga hari peperiksaan ianya akan mengganggu dan memenatkan minda. Begitu juga sekiranya terlebih tidur atau rehat, ianya juga akan menyebabkan minda terlalu penat.

Keperluan peperiksaan

2. Sediakan Keperluan Peperiksaan
Sebelum tidur, sediakan semua keperluan peperiksaan dan simpan di dalam beg yang akan dibawa nanti. Keperluan peperiksaan ini termasuklah: 
a. alat tulis, 
b. kad pelajar, 
c. slip menduduki peperiksaan, 
d. calculator 

Seeloknya pastikan semua keperluan ini boleh digunakan. Jangan hanya ada secara fizikal tetapi tidak boleh digunakan. Persiapan keperluan peperiksaan ini penting agar ianya tidak mengganggu mahasiswa semasa menjawab soalan peperiksaan.

Ceria di pagi hari


3. Bangun Awal
Bangun awal merupakan salah satu tips penting kerana ianya akan menyegarkan minda dan menguatkan lagi fikiran. Ianya juga menghindarkan dari badan berada dalam keadaan yang letih. Seeloknya bangun sebelum jam 7.00 pagi dan bagi penganut agama islam laksanakan perintah-Nya iaitu solat subuh.

Hirup udara segar diwaktu pagi dan nikmati suasana pagi kerana ianya boleh membantu menyegarkan minda dan menyihatkan badan.

Amalkan pemakanan yang sihat


4. Makan
Sebelum peperiksaan mahasiswa diminta untuk mengambil makanan yang sihat. Jangan biarkan perut kosong semasa menjawab peperiksaan. Ianya akan mengganggu tumpuan semasa menjawab peperiksaan. 

Sekiranya peperiksaan dijadualkan pada waktu pagi, ambil makanan yang berkhasiat seperti roti atau gandum. Mahasiswa tidak digalakkan untuk mengambil nasi lemak kerana ianya akan menyebabkan rasa mengantuk.

Jika peperiksaan dijadual pada waktu petang, ambil makan tengahhari dan digalakkan tidak mengambil pada kuantiti yang banyak kerana ianya akan menyebabkan rasa mengantuk dan boleh menghilangkan tumpuan.

Minum air secukupnya


5. Bawa gula-gula dan air 
Badan dan minda memerlukan air yang secukupnya. Oleh itu, mahasiswa disarankan untuk membawa air yang dimasak / air mineral ke dalam dewan peperiksaan. Ini boleh membantu mahasiswa untuk menyegarkan semula badan dan minda. 

Gula-gula juga boleh membantu mahasiswa untuk menjana minda. Minda dan badan memerlukan sedikit gula untuk bergerak. Jangan mengambil dalam kuantiti yang banyak. Memadai dengan sebiji atau dua biji sahaja. 

Diharap perkongsian ini dapat membantu persediaan mahasiswa dalam menghadapi peperiksaan.

==>>Panduan MUET

p/s: memang admin amalkan semua perkara diatas sehingga sekarang. Bukan sahaja digunakan untuk menghadapi peperiksaan tetapi untuk semua perkara.

Saturday, March 1, 2014

Selamat Datang dan Selamat Memulakan Pengajian

Hari ini kebanyakan kampus UiTM keseluruhan sistem menerima kunjungan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang akan memulakan pengajian mereka di semester baru.


Kepada pelajar-pelajar lama (senior) SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN diucapkan. Semoga semester baru ini akan memberi semangat yang lebih dalam mencapai matlamat masing-masing.

Pendaftaran hari ini kebanyakkannya melibatkan mereka yang ditawarkan ke UiTM dari Diploma UiTM dan juga pelajar senior yang akan memulakan ke semester baru.

Pada hari ini dan hari esok adalah pendaftaran kolej. Pelajar-pelajar yang mendapat kolej haruslah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jangan pula buat sesuka hati dalam bilik asrama yang telah disediakan dan merosakkan kemudahan yang telah diberikan.

Pelajar-pelajar yang tidak mendapat kemudahan asrama boleh membuat rayuan atau boleh mencari rumah-rumah sewa.

Diharap dengan pembukaan semester baru ini akan membuatkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.

Sunday, February 23, 2014

6 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Cuti

Hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa adalah hari cuti. Tidak kira samaada cuti itu singkat atau lama. Pastinya mahasiswa akan menggunakan sepenuh waktu cuti ini dengan aktiviti yang telah dirancang.


Sekiranya pada waktu-waktu cuti sebegini terdapat program yang perlu dihadiri oleh mahasiswa, sudah pasti program tersebut tidak akan mendapat sambutan. Jika program tersebut wajib untuk semua mahassiwa, mahasiswa yang hadir rata-rata tidak akan berpuas hati kerana pada hari cuti mereka telah digunakan untuk aktiviti lain.

Disini saya ingin kongsikan bersama aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada waktu cuti:

1. MENGEMAS BILIK

Setelah seminggu sibuk dengan hari kuliah maka kebanyakan mahasiswa akan menghabiskan masa hujung minggu masing-masing dengan mengemas bilik dan mencuci pakaian yang telah dipakai. Pada waktu hujung minggu sebegini pastinya penyidai pakaian akan menjadi tumpuan kerana ianya akan dipenuhi dengan pakaian yang telah dicuci.

2. MENGULANGKAJI PELAJARAN

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling kurang popular di kalangan mahasiswa. Ye..terdapat segelintir mahasiswa yang akan mengulangkaji pelajaran bagi meningkatkan semula pemahaman mereka dengan topik-topik yang telah dibincangkan oleh pensyarah semasa di dalam kelas. Aktiviti ini sangat bagus bagi mereka yang inginkan keputusan yang cemerlang dan membuat persediaan awal.

3. MEMBUAT ASSIGNMENT

Jika saya beritahu bahawa aktiviti ini adalah aktiviti yang popular tentu ramai yang tidak setuju. Untuk memenuhi masa dengan membuat assignment adalah satu yang merugikan kepada kebanyakan mahasiswa. 

Hal ini kerana mahasiswa akan melakukan aktiviti yang lebih menyeronokkan dari membuat assignment. Kebiasaannya, assignment ini akan dibuat apabila due date yang ditetapkan oleh pensyarah telah tiba. 

Tidak dinafikan akan ada mahasiswa akan meluangkan masa mencari bahan-bahan untuk menyiapkan assignment yang diberikan tetapi jumlahnya amat sedikit.

4. BERJALAN-JALAN

Aktiviti ini antara yang popular dikalangan mahasiswa. Kebanyakkan mahasiswa jika dibuat survey pasti ramai yang akan memilih untuk berjalan-jalan. Berjalan-jalan ini tidak kira bersama rakan-rakan, ibu bapa atau adik beradik. 

Masing-masing mempunyai citarasa sendiri untuk diajak berjalan-jalan. Jalan-jalan yang saya maksudkan disini bukan jalan-jalan biasa tu tetapi jalan-jalan seperti shopping, tengok wayang, main bowling, dan sebagainya aktiviti yang boleh dilakukan di luar kampus.

Mahasiswa semua boleh lihat sendiri apabila tiba hujung minggu tentu bus stop akan penuh dengan mahasiswa yang tunggu kenderaan untuk melakukan aktiviti luar masing-masing.

5. BERSUKAN

Mahasiswa yang sukakan aktiviti sukan maka waktu cuti-cuti sebegini akan digunakan untuk bersukan. Pada yang sukakan bentuk badan yang menarik pastinya gym akan menjadi tempat utama untuk workout bagi mendapatkan bentuk badan seperti yang diinginkan.

Mahasiswa yang sukakan aktiviti berkumpulan maka futsal adalah pilihan utama. Bilangan pemain yang tidak seramai bola sepak padang maka ianya boleh dimainkan dengan jumlah yang kecil dan gelanggang yang tidak besar.

 6. SURF INTERNET

Dengan perubahan teknologi masa kini, surfing internet adalah merupakan salah satu aktiviti yang menjadi pilihan mahasiswa. 

Mahasiswa yang minat akan laman sosial maka peluang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memenuhi minatnya.

Terdapat juga mahasiswa yang sudah boleh menjana pendapatan dengan internet. Sudah pastinya cuti sebegini akan digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan yang lebih.

Tidak lupa juga kepada mahasiswa yang gilakan game online. Para gamers akan menghabiskan masa dengan bermain permainan video game yang diminati. 

Itu adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh mahasiswa sepanjang cuti ini. Walauapapun aktiviti yang dilakukan, pastikan ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Ps: Teringat masa zaman mahasiswa dulu, semua aktiviti kat atas nie semua dilakukan. Hehehe

Saturday, February 22, 2014

8 Perkara Penting Semasa Pendaftaran

Hari ini seluruh warga UiTM menerima kehadiran pelajar-pelajar baru Ijazah Sarjana Muda (ISM). Pelajar-pelajar ini hadir mendaftarkan dan akan memulakan langkah pertama mereka sebagai mahasiswa.


"SELAMAT DATANG KE UiTM"

Itulah ungkapan pertama yang akan diucap oleh petugas-petugas semasa pendaftaran. Petugas-petugas ini kebiasaannya terdiri daripada abang-abang dan kakak-kakak senior yang sanggup bekorban masa dan tenaga untuk membantu mahasiswa baru melalui proses pendaftaran.



Apabila menyebut mengenai pendaftaran terdapat PERKARA-PERKARA PENTING yang perlu dilakukan SEMASA PENDAFTARAN.

1. MEMAKAI PAKAIAN YANG MENGIKUT SAHSIAH RUPA DIRI.

Pakaian adalah merupakan perkara utama yang perlu dipatuhi oleh seorang bakal mahasiswa. Pakaian yang perlu dipakai haruslah mencerminkan sebagai seorang mahasiswa. 

Bagi lelaki pakailah kemeja dan seluar slack serta berkasut. Jangan pula hanya memakai baju t-shirt dan jeans sahaja. 

Memang pakaian tersebut tidak salah dan tidak akan ditegur oleh petugas-petugas tetapi sebagai mahasiswa pakaian perlulah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Bagi wanita pula, pakaian yang paling mudah dipakai adalah baju kurung. Pakaian yang cukup boleh dikenakan untuk semua majlis. Tidak perlu berfikir panjang pakaian mana yang perlu dipakai untuk proses pendaftaran. 

Selain itu, di dalam surat tawaran dan borang pendaftaran yang dicetak ada menyatakan pakaian yang perlu dipakai semasa pendaftaran. Oleh yang demikian, ikuti peraturan dan arahan yang telah ditetapkan.

2. MEMBAWA DOKUMEN-DOKUMEN PENTING 

Dokumen-dokumen penting adalah keperluan yang diperlukan semasa pendaftaran. Apa dokumen-dokumen peting ini?? Dokumen penting yang biasa diminta semasa pendaftaran adalah Surat Tawaran, Sijil Lahir, Slip Keputusan dan Kad Pengenalan.  

Dokumen-dokumen ini merupakan dokumen penting asas yang harus ada oleh semua mahasiswa semasa pendaftaran dan dokumen ini juga diminta oleh petugas pendaftaran. 

Dokumen-dokumen ini perlu dan sekiranya tiada ianya boleh digantikan. Bagaimana??

    a. Surat Tawaran - Tidak boleh diganti kerana kebiasaannya surat tawaran ini boleh didapati secara online dan dicetak berkali-kali.

    b. Sijil Lahir - Sekiranya sijil lahir hilang, ianya boleh dibuat cabutan pengesahan sijil lahir di pejabat pendaftaran yang berhampiran.

    c. Slip Keputusan - Mahasiswa boleh mendapatkan semula slip keputusan ini di pejabat pendidikan daerah yang terdekat.

    d. Kad Pengenalan - Perlu dibuat semula di pejabat pendaftaran dan slip sementara akan diberikan sementara menunggu kad pengenalan yang sebenar siap.

3. MEMBAWA DOKUMEN SALINAN YANG MENCUKUPI

Dokumen salinan juga perlu dibawa bersama semasa pendaftaran. Dokumen salinan ini kebiasaannya akan diambil oleh petugas pendaftaran untuk simpanan rekod. 

Buat sebanyak yang mungkin kerana dokumen ini bukan sahaja digunakan semasa pendaftaran tetapi juga untuk proses-proses yang lain seperti permohonan PTPTN, permohonan zakat, permohonan pinjaman kerajaan negeri dan sebagainya.

4. KELENGKAPAN HARIAN

Kebiasaannya, mahasiswa yang datang melapor diri akan membawa semua kelengkapan harian. Kelengkapan harian yang dimaksudkan adalah seperti baju, kasut, seluar, bantal, selimut dan sebagainya. 

Cadangan saya adalah, bawa kelengkapan harian sepanjang proses pendaftaran dan orientasi sahaja. Selepas selesai proses pendafraran dan orientasi, mahasiswa boleh balik ke rumah semula untuk mengambil keperluan lain. 

5. GAMBAR

Gambar juga merupakan perkara yang penting. Gambar yang diminta adalah gambar berukuran passport. Cuci atau print lah sebanyak yang mungkin kerana ianya diperlukan untuk melengkapkan pelbagai dokumen. 

Sekiranya gambar ini dicuci atau dicetak lebih ianya bukanlah satu pembaziran kerana ianya boleh digunakan untuk urusan lain.

6. BACA SETIAP DOKUMEN YANG DIBERIKAN/DICETAK BERSAMA SURAT TAWARAN

Mahasiswa yang akan mendaftar dinasihatkan untuk membaca berulang-ulang kali dokumen yang diberikan/dicetak bersama surat tawaran supaya tiada apa-apa perkara penting yang tertinggal. 

Kebiasaannya mahasiswa tidak membaca dokumen-dokumen ini sehinggakan tertinggal perkara-perkara yang penting dan ianya mengganggu proses pendaftaran pelajar.

7. DUIT POKET

Semasa minggu pendaftaran/orientasi semua keperluan harian seperti makan minum disediakan oleh pihak Universiti. Tidak perlu membawa wang yang banyak semasa minggu pendaftaran/orientasi kerana dikhuatiri ianya hilang.

8. LAPTOP/GADGET

Mahasiswa juga dinasihatkan agar tidak membawa bersama laptop/gadget lain sepanjang minggu pendaftaran/orientasi kerana mahasiswa akan kekurangan masa untuk menggunakan laptop/gadget ini. 

Masa yang ada digunakan sepenuhnya oleh pihak Universiti untuk memberi makumat-maklumat penting kepada mahasiswa baru.

Memadai sekiranya mahasiswa membawa telefon masing-masing agar mudah dihubungi.

Ps: Harap perkongsian ini berguna untuk semua. Teringat masa pendaftaran dulu. Tiada panduan hanya bergantung kepada perkongsian senior-senior sahaja.