Saturday, September 12, 2015

Belia Festival Kini Di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Setelah lama merancang kini Program Belia Festival (BFest) akan diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Program yang dirancang oleh mahasiswa mahasiswi UiTM ini merupakan program yang dikhaskan untuk belia yang berada di dalam kampus dan di luar sana.

Program ini bermula dari 17 September 2015 - 20 September 2015.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dirancang untuk penyertaan semua belia.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini meliputi pelbagai aspek..bermula dari kerohanian sehinggalah ke sukan.

Semua ini untuk pastikan belia semua boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.

Yang lebih menarik program ini, terdapat juga artis-artis yang diundang. Mereka dipanggil untuk berkongsi pengalaman mereka kepada golongan belia selain dari mendekatkan belia dengan artis Malaysia.

Program ini akam dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 20 September 2015.

Mari kita sama-sama meriahkan program ini.

Anda semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment