Wednesday, March 26, 2014

5 Tips Menghadapi Peperiksaan

3 hari telah berlalu. Kini pelajar diploma UiTM sedang menghadapi peperiksaan akhir. Peperiksaan ini akan berlangsung dari 24 Mac 2014 sehinggalah 11 April 2014. Pada masa ini, perpustakaan, bilik bacaan, bilik 24 jam akan dipenuhi dengan pelajar-pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

Peperiksaan


Pelbagai reaksi mahasiswa boleh dilihat untuk mengulangkaji semula pelajaran yang telah dipelajari. Ada yang sanggup bersengkang mata untuk memastikan semua bab dibaca dan difahami.

Disini admin ingin berkongsi tips yang boleh digunakan untuk menghadapi peperiksaan:

Rehat secukupnya


1. Tidur Awal
Sekiranya esok telah dijadual untuk menjawab peperiksaan bagi sesuatu kursus, mahasiswa disarankan untuk tidur dan rehat secukupnya. Jangan kurang atau terlebih tidur dan rehat. Sekiranya kurang atau terlebih tidur atau rehat maka ianya akan mengganggu konsentrasi dan minda mahasiswa untuk menjawab peperiksaan itu nanti. 

Sekiranya mahasiswa mengambil langkah untuk tidak rehat atau tidur sehingga hari peperiksaan ianya akan mengganggu dan memenatkan minda. Begitu juga sekiranya terlebih tidur atau rehat, ianya juga akan menyebabkan minda terlalu penat.

Keperluan peperiksaan

2. Sediakan Keperluan Peperiksaan
Sebelum tidur, sediakan semua keperluan peperiksaan dan simpan di dalam beg yang akan dibawa nanti. Keperluan peperiksaan ini termasuklah: 
a. alat tulis, 
b. kad pelajar, 
c. slip menduduki peperiksaan, 
d. calculator 

Seeloknya pastikan semua keperluan ini boleh digunakan. Jangan hanya ada secara fizikal tetapi tidak boleh digunakan. Persiapan keperluan peperiksaan ini penting agar ianya tidak mengganggu mahasiswa semasa menjawab soalan peperiksaan.

Ceria di pagi hari


3. Bangun Awal
Bangun awal merupakan salah satu tips penting kerana ianya akan menyegarkan minda dan menguatkan lagi fikiran. Ianya juga menghindarkan dari badan berada dalam keadaan yang letih. Seeloknya bangun sebelum jam 7.00 pagi dan bagi penganut agama islam laksanakan perintah-Nya iaitu solat subuh.

Hirup udara segar diwaktu pagi dan nikmati suasana pagi kerana ianya boleh membantu menyegarkan minda dan menyihatkan badan.

Amalkan pemakanan yang sihat


4. Makan
Sebelum peperiksaan mahasiswa diminta untuk mengambil makanan yang sihat. Jangan biarkan perut kosong semasa menjawab peperiksaan. Ianya akan mengganggu tumpuan semasa menjawab peperiksaan. 

Sekiranya peperiksaan dijadualkan pada waktu pagi, ambil makanan yang berkhasiat seperti roti atau gandum. Mahasiswa tidak digalakkan untuk mengambil nasi lemak kerana ianya akan menyebabkan rasa mengantuk.

Jika peperiksaan dijadual pada waktu petang, ambil makan tengahhari dan digalakkan tidak mengambil pada kuantiti yang banyak kerana ianya akan menyebabkan rasa mengantuk dan boleh menghilangkan tumpuan.

Minum air secukupnya


5. Bawa gula-gula dan air 
Badan dan minda memerlukan air yang secukupnya. Oleh itu, mahasiswa disarankan untuk membawa air yang dimasak / air mineral ke dalam dewan peperiksaan. Ini boleh membantu mahasiswa untuk menyegarkan semula badan dan minda. 

Gula-gula juga boleh membantu mahasiswa untuk menjana minda. Minda dan badan memerlukan sedikit gula untuk bergerak. Jangan mengambil dalam kuantiti yang banyak. Memadai dengan sebiji atau dua biji sahaja. 

Diharap perkongsian ini dapat membantu persediaan mahasiswa dalam menghadapi peperiksaan.

==>>Panduan MUET

p/s: memang admin amalkan semua perkara diatas sehingga sekarang. Bukan sahaja digunakan untuk menghadapi peperiksaan tetapi untuk semua perkara.

Saturday, March 1, 2014

Selamat Datang dan Selamat Memulakan Pengajian

Hari ini kebanyakan kampus UiTM keseluruhan sistem menerima kunjungan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (ISM) yang akan memulakan pengajian mereka di semester baru.


Kepada pelajar-pelajar lama (senior) SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN diucapkan. Semoga semester baru ini akan memberi semangat yang lebih dalam mencapai matlamat masing-masing.

Pendaftaran hari ini kebanyakkannya melibatkan mereka yang ditawarkan ke UiTM dari Diploma UiTM dan juga pelajar senior yang akan memulakan ke semester baru.

Pada hari ini dan hari esok adalah pendaftaran kolej. Pelajar-pelajar yang mendapat kolej haruslah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jangan pula buat sesuka hati dalam bilik asrama yang telah disediakan dan merosakkan kemudahan yang telah diberikan.

Pelajar-pelajar yang tidak mendapat kemudahan asrama boleh membuat rayuan atau boleh mencari rumah-rumah sewa.

Diharap dengan pembukaan semester baru ini akan membuatkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.