Wednesday, February 25, 2015

Maklumat Penting Pelajar Lama

Di sini admin ingin memberi satu maklumat penting kepada pelajar lama yang akan mendaftar pada awal bulan Mac 2015 nanti. Maklumat ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda di UiTM Pulau Pinang.

Pelajar-pelajar Sarjana Muda akan mula mendaftar pada awal Mac 2015 seperti yang ternyata dalam gambar yang admin berikan dibawah.

So, pelajar-pelajar boleh jadikan ianya rujukan dan membuat persiapan semasa pendaftaran.

Buat perancangan awal supaya semua dokumen dan barang keperluan disediakan dan tidak tercicir.

Selamat Memulakan Semester dan Selamat Mendaftar.


Sunday, February 22, 2015

Selamat Menempuh Dunia 'Menara Gading'

Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini. Mohon maaf la ye semua sebab tidak kemaskini blog nie. So bermula hari nie In Sha Allah admin akan mula update info-info terbaru mengenai aktiviti dan perkara yang boleh digunakan oleh mahasiswa.

Entri kali ini, admin ingin kongsikan mengenai suasana pendaftaran pelajar beru di IPTA amnya dan UiTM khususnya.

Pada 21 Mac 2015, bermula selangkah lagi langkah pelajar-pelajar ke dunia mahasiswa atau 'menara gading'.

Pendaftaran serentak diadakan di seluruh UiTM yang terdapat di seluruh Malaysia.

Ketika ini, bakal-bakal mahasiswa ini sedang mengikuti program orentasi atau dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS).

Pada minggu orentasi ini pelbagai informasi yang boleh digunakan oleh semua bakal mahasiswa untuk meneruskan perjuangan di dunia 'menara gading' ini.

Bakal-bakal mahasiswa ini boleh menggunakan peluang ini untuk mengenali kenalan baru yang boleh membantu sama-sama berjuang.

Admin ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar-pelajar yang diterima masuk dan menerima tawaran ke UiTM.

Pesanan admin juga adalah untuk cuba timba seberapa banyak ilmu yang boleh untuk digunakan untuk dunia pekerjaan pula.

Admin sajikan sedikit suasana pendaftaran untuk tatapan semua.










P/s: Admin juga pernah merasai suasana sebegini..sangat menarik dan saat yang tidak boleh dilupakan.

Ingin mengetahui perniagaan yang boleh dijalankan oleh mahasiswa?? Mulakan langkah untuk menjadi Usahawan Mahasiswa.