Monday, September 21, 2015

PELUANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI UITM HOLDINGS SDN. BHD.

Peluang kepada semua pelajar yang ingin menjalani latihan industri. Ini peluang yang admin boleh kongsikan.

Jangan lepas peluang berharga ini.


Monday, September 14, 2015

Saturday, September 12, 2015

Belia Festival Kini Di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Setelah lama merancang kini Program Belia Festival (BFest) akan diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang

Program yang dirancang oleh mahasiswa mahasiswi UiTM ini merupakan program yang dikhaskan untuk belia yang berada di dalam kampus dan di luar sana.

Program ini bermula dari 17 September 2015 - 20 September 2015.

Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dirancang untuk penyertaan semua belia.

Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini meliputi pelbagai aspek..bermula dari kerohanian sehinggalah ke sukan.

Semua ini untuk pastikan belia semua boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.

Yang lebih menarik program ini, terdapat juga artis-artis yang diundang. Mereka dipanggil untuk berkongsi pengalaman mereka kepada golongan belia selain dari mendekatkan belia dengan artis Malaysia.

Program ini akam dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 20 September 2015.

Mari kita sama-sama meriahkan program ini.

Anda semua dijemput hadir.

Thursday, September 3, 2015

Selamat Datang

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Datang Kepada Semua Pelajar Baru yang berjaya melanjutkan pengajian ke Universiti.


Ramai yang seronok apabila dapat menjejakkan kaki ke Universiti dan ada juga yang kecewa apabila tawaran tidak diterima.


Thursday, August 20, 2015

Jawatan Kosong...Jawatan Kosong...Jawatan Kosong

Setelah lama admin tidak update sebarang maklumat dalam blog nie...

Entri pertama untuk kali nie mengenai jawatan kosong...jawatan kosong...jawatan kosong....



Jawatan kosong untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan diluar sana...

Anda boleh gunakan peluang ini untuk mendapatkan kerja dan pengalaman yang bermakna nie..

Apa pekerjaan yang ditawarkan ye...

Semua boleh cuba mohon ye...

Semoga berjaya...






Monday, July 13, 2015

Cara-cara Solat Ketika Sakit

Sakit tidak mengenal usia.

Yang muda boleh kena sakit yang tua pun boleh kena sakit.

Tidak kira dimana kita berada...terdedah dengan perkara yang berisiko ataupun tidak.

Sakit pasti boleh terkena pada sesiapa pun.

Walaupun kita sakit macam mana sekali pun..tanggungjawab sebagai Umat Islam pasti kita perlu laksanakan...betoi tak..

So kali ini admin ingin kongsikan cara-cara solat ketika sakit.

Mungkin anda biasa melihat dan ada yang pernah mengamalkannya. 

Admin kongsikan untuk kebaikan kita bersama.

Selamat mencuba...


p/s: Admin post entri ini menggunakan emel admin..Ingin mengetahui caranya...Admin akan tunjukkan di entri yang akan datang...

Friday, July 10, 2015

Persiapan Sebelum Pulang Beraya

Wah lama rasanya admin tidak update blog nie.. so sekarang apa topik nak dikongsikan???

Admin memikirkan untuk kongsikan dengan semua pembaca mengenai Persiapan Sebelum Pulang Beraya...

Bukan persiapan raya tetapi persiapan tempat yang kita akan tinggal sebelum pulang beraya ke kampung halaman masing-masing

Admin lihat ramai yang telah mula membawa beg masing-masing untuk pulang bercuti ke kampung...tetapi admin nak tanya satu soalan..

SUDAHKAH KITA MEMASTIKAN TEMPAT YANG KITA AKAN TINGGALKAN ITU SELAMAT??

Pasti ramai yang terlepas pandang dengan perkara ini.

Oleh itu, admin nak share la beberapa perkara yang boleh anda semua jadikan panduan. (pada yang dah balik kampung tu kalo rasa nak pesan kat rakan-rakan yang belum balik untuk checkkan bilik masing-masing pun ok jgk...)

Persiapan sebelum pulang beraya

1. Pastikan semua peralatan elektrik dan suis utama ditutup (Aircorn, Lampu, Kipas, Komputer dan lain-lain)


2. Pastikan pintu dikunci dan tingkap diselak



3. Tidak meninggalkan barang-barang berharga di dalam bilik semasa bercuti



4. Pastikan sampah di dalam bilik/rumah dibuang terlebih dahulu

Empat tips kat atas nie anda semua boleh laksanakan...tak susah pun..

Jangan sampai seronok beraya nanti..bila balik ke bilik/rumah semula berduka pulak ye.

Selamat Bercuti dari Admin

p/s: Masih ramai mahasiswa yang tak reti buat resume..admin kongsikan Rahsia Resume Kerja untuk anda semua...

Tuesday, March 10, 2015

Tawaran Biasiswa

Kepada mereka yang sedang mencari biasiswa..di sini admin ingin kongsikan satu iklan mengenai tawaran biasiswa yang boleh digunakan.

Tawaran ini dibuka untuk semua orang yang ingin melanjutkan pengajian.

Ini biasiswa tau..bukan pinjaman..so gunakan lah peluang ini.

Baca betul-betul syarat yang diberikan..isi borang selengkapnya..lampirkan dokumen yang diminta..

In Sha Allah..jika semua perkara telah dilakukan..pasti rezeki itu akan datang.

Sebarkan maklumat ini kepada semua orang.

Jangan fikirkan tidak dapat sekiranya anda layak untuk memohon.


p/s: admin dulu tiada maklumat seperti ini..so pinjam je la..mana-mana yang layak tu mohon ye..

Pertandingan Menulis Esei

Anda rasa anda berpengalaman dalam menulis esei..

Gemar membaca dan berkarya..

Mempunyai bakat yang terpendam..

Jangan biarkan bakat anda terkubur begitu sahaja..

Admin kongsikan satu pertandingan menulis esei dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris. Hadiah menarik menanti anda.

Rebut peluang ini dan pastikan anda semua menggunakan peluang yang ada untuk mencungkil bakat yang terpendam.

Mana la tahu kot-kot boleh jadi penulis hebat lepas nie.


p/s: admin dulu pernah juga mempunyai cita-cita untuk menjadi penulis tetapi hasrat tidak kesampaian..memadailah menulis di blog je..

Saturday, March 7, 2015

Ekspo Selangkah Ke UiTM

Bertemu lagi kita...pada entri kali ini admin ingin kongsikan satu sesi yang mana amat berguna untuk semua bakal-bakal calon mahasiswa.

Keputusan SPM telah pun diumumkan dan kini ramai dikalangan pelajar-pelajar sedang sibuk mencari tempat yang sesuai untuk melanjutkan pengajian. 

Pastinya mereka ini ingin mencari tempat rujukan terbaik untuk mendapat khidmat nasihat yang sesuai agar tidak berlaku kesilapan semasa proses permohonan hingga menyebabkan mereka tidak terpilih.

Oleh itu, admin ingin kongsikan satu ekspo yang sangat berguna untuk bakal-bakal mahasiswa untuk mendapat maklumat yang diperlukan terutama melanjutkan pengajian ke UiTM.

Anda semua boleh mendapatkan maklumat-maklumat berguna ini pada 07 dan 08 Mac 2015.


Admin sempat juga melihat suasana ekspo pada siang tadi. Memang ramai yang menggunakan peluang ini untuk mendapatkan maklumat seperti yang diperlukan. 

Esok masih ada lagi ekspo ini..gunakan peluang ini untuk mendapat seberapa banyak maklumat bagi membantu semasa proses permohonan nanti.

Admin belanja gambar sambutan ekspo siang tadi.











p/s: pada masa admin ingin melanjutkan pengajian tiada ekspo-ekspo seperti ini dan tiada rujukan yang diterima. Beruntung pelajar-pelajar sekarang ini. Gunakan peluang yang ada untuk membantu merancang program yang ingin dipohon.


Wednesday, February 25, 2015

Maklumat Penting Pelajar Lama

Di sini admin ingin memberi satu maklumat penting kepada pelajar lama yang akan mendaftar pada awal bulan Mac 2015 nanti. Maklumat ini dikhaskan kepada pelajar-pelajar Sarjana Muda di UiTM Pulau Pinang.

Pelajar-pelajar Sarjana Muda akan mula mendaftar pada awal Mac 2015 seperti yang ternyata dalam gambar yang admin berikan dibawah.

So, pelajar-pelajar boleh jadikan ianya rujukan dan membuat persiapan semasa pendaftaran.

Buat perancangan awal supaya semua dokumen dan barang keperluan disediakan dan tidak tercicir.

Selamat Memulakan Semester dan Selamat Mendaftar.


Sunday, February 22, 2015

Selamat Menempuh Dunia 'Menara Gading'

Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini. Mohon maaf la ye semua sebab tidak kemaskini blog nie. So bermula hari nie In Sha Allah admin akan mula update info-info terbaru mengenai aktiviti dan perkara yang boleh digunakan oleh mahasiswa.

Entri kali ini, admin ingin kongsikan mengenai suasana pendaftaran pelajar beru di IPTA amnya dan UiTM khususnya.

Pada 21 Mac 2015, bermula selangkah lagi langkah pelajar-pelajar ke dunia mahasiswa atau 'menara gading'.

Pendaftaran serentak diadakan di seluruh UiTM yang terdapat di seluruh Malaysia.

Ketika ini, bakal-bakal mahasiswa ini sedang mengikuti program orentasi atau dikenali sebagai Minggu Destini Siswa (MDS).

Pada minggu orentasi ini pelbagai informasi yang boleh digunakan oleh semua bakal mahasiswa untuk meneruskan perjuangan di dunia 'menara gading' ini.

Bakal-bakal mahasiswa ini boleh menggunakan peluang ini untuk mengenali kenalan baru yang boleh membantu sama-sama berjuang.

Admin ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar-pelajar yang diterima masuk dan menerima tawaran ke UiTM.

Pesanan admin juga adalah untuk cuba timba seberapa banyak ilmu yang boleh untuk digunakan untuk dunia pekerjaan pula.

Admin sajikan sedikit suasana pendaftaran untuk tatapan semua.










P/s: Admin juga pernah merasai suasana sebegini..sangat menarik dan saat yang tidak boleh dilupakan.

Ingin mengetahui perniagaan yang boleh dijalankan oleh mahasiswa?? Mulakan langkah untuk menjadi Usahawan Mahasiswa.