Sunday, February 23, 2014

6 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Semasa Cuti

Hari-hari yang ditunggu-tunggu oleh semua mahasiswa adalah hari cuti. Tidak kira samaada cuti itu singkat atau lama. Pastinya mahasiswa akan menggunakan sepenuh waktu cuti ini dengan aktiviti yang telah dirancang.


Sekiranya pada waktu-waktu cuti sebegini terdapat program yang perlu dihadiri oleh mahasiswa, sudah pasti program tersebut tidak akan mendapat sambutan. Jika program tersebut wajib untuk semua mahassiwa, mahasiswa yang hadir rata-rata tidak akan berpuas hati kerana pada hari cuti mereka telah digunakan untuk aktiviti lain.

Disini saya ingin kongsikan bersama aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan pada waktu cuti:

1. MENGEMAS BILIK

Setelah seminggu sibuk dengan hari kuliah maka kebanyakan mahasiswa akan menghabiskan masa hujung minggu masing-masing dengan mengemas bilik dan mencuci pakaian yang telah dipakai. Pada waktu hujung minggu sebegini pastinya penyidai pakaian akan menjadi tumpuan kerana ianya akan dipenuhi dengan pakaian yang telah dicuci.

2. MENGULANGKAJI PELAJARAN

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling kurang popular di kalangan mahasiswa. Ye..terdapat segelintir mahasiswa yang akan mengulangkaji pelajaran bagi meningkatkan semula pemahaman mereka dengan topik-topik yang telah dibincangkan oleh pensyarah semasa di dalam kelas. Aktiviti ini sangat bagus bagi mereka yang inginkan keputusan yang cemerlang dan membuat persediaan awal.

3. MEMBUAT ASSIGNMENT

Jika saya beritahu bahawa aktiviti ini adalah aktiviti yang popular tentu ramai yang tidak setuju. Untuk memenuhi masa dengan membuat assignment adalah satu yang merugikan kepada kebanyakan mahasiswa. 

Hal ini kerana mahasiswa akan melakukan aktiviti yang lebih menyeronokkan dari membuat assignment. Kebiasaannya, assignment ini akan dibuat apabila due date yang ditetapkan oleh pensyarah telah tiba. 

Tidak dinafikan akan ada mahasiswa akan meluangkan masa mencari bahan-bahan untuk menyiapkan assignment yang diberikan tetapi jumlahnya amat sedikit.

4. BERJALAN-JALAN

Aktiviti ini antara yang popular dikalangan mahasiswa. Kebanyakkan mahasiswa jika dibuat survey pasti ramai yang akan memilih untuk berjalan-jalan. Berjalan-jalan ini tidak kira bersama rakan-rakan, ibu bapa atau adik beradik. 

Masing-masing mempunyai citarasa sendiri untuk diajak berjalan-jalan. Jalan-jalan yang saya maksudkan disini bukan jalan-jalan biasa tu tetapi jalan-jalan seperti shopping, tengok wayang, main bowling, dan sebagainya aktiviti yang boleh dilakukan di luar kampus.

Mahasiswa semua boleh lihat sendiri apabila tiba hujung minggu tentu bus stop akan penuh dengan mahasiswa yang tunggu kenderaan untuk melakukan aktiviti luar masing-masing.

5. BERSUKAN

Mahasiswa yang sukakan aktiviti sukan maka waktu cuti-cuti sebegini akan digunakan untuk bersukan. Pada yang sukakan bentuk badan yang menarik pastinya gym akan menjadi tempat utama untuk workout bagi mendapatkan bentuk badan seperti yang diinginkan.

Mahasiswa yang sukakan aktiviti berkumpulan maka futsal adalah pilihan utama. Bilangan pemain yang tidak seramai bola sepak padang maka ianya boleh dimainkan dengan jumlah yang kecil dan gelanggang yang tidak besar.

 6. SURF INTERNET

Dengan perubahan teknologi masa kini, surfing internet adalah merupakan salah satu aktiviti yang menjadi pilihan mahasiswa. 

Mahasiswa yang minat akan laman sosial maka peluang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk memenuhi minatnya.

Terdapat juga mahasiswa yang sudah boleh menjana pendapatan dengan internet. Sudah pastinya cuti sebegini akan digunakan sebaik mungkin untuk menjana pendapatan yang lebih.

Tidak lupa juga kepada mahasiswa yang gilakan game online. Para gamers akan menghabiskan masa dengan bermain permainan video game yang diminati. 

Itu adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh mahasiswa sepanjang cuti ini. Walauapapun aktiviti yang dilakukan, pastikan ianya tidak melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Ps: Teringat masa zaman mahasiswa dulu, semua aktiviti kat atas nie semua dilakukan. Hehehe

2 comments:

  1. Memang pun..terutama macam kita nie yang suka kan internet..hehehe

    ReplyDelete