Monday, September 21, 2015
PELUANG MENJALANI LATIHAN INDUSTRI DI UITM HOLDINGS SDN. BHD.
Jangan lepas peluang berharga ini.
Saturday, September 12, 2015
Belia Festival Kini Di UiTM Cawangan Pulau Pinang
Setelah lama merancang kini Program Belia Festival (BFest) akan diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang
Program yang dirancang oleh mahasiswa mahasiswi UiTM ini merupakan program yang dikhaskan untuk belia yang berada di dalam kampus dan di luar sana.
Program ini bermula dari 17 September 2015 - 20 September 2015.
Pelbagai aktiviti-aktiviti telah dirancang untuk penyertaan semua belia.
Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini meliputi pelbagai aspek..bermula dari kerohanian sehinggalah ke sukan.
Semua ini untuk pastikan belia semua boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.
Yang lebih menarik program ini, terdapat juga artis-artis yang diundang. Mereka dipanggil untuk berkongsi pengalaman mereka kepada golongan belia selain dari mendekatkan belia dengan artis Malaysia.
Program ini akam dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM pada 20 September 2015.
Mari kita sama-sama meriahkan program ini.
Anda semua dijemput hadir.
Thursday, August 20, 2015
Jawatan Kosong...Jawatan Kosong...Jawatan Kosong
Entri pertama untuk kali nie mengenai jawatan kosong...jawatan kosong...jawatan kosong....
Jawatan kosong untuk mereka yang sedang mencari pekerjaan diluar sana...
Anda boleh gunakan peluang ini untuk mendapatkan kerja dan pengalaman yang bermakna nie..
Apa pekerjaan yang ditawarkan ye...
Semua boleh cuba mohon ye...
Semoga berjaya...
Saturday, March 7, 2015
Ekspo Selangkah Ke UiTM
Sunday, February 22, 2015
Selamat Menempuh Dunia 'Menara Gading'
Saturday, March 1, 2014
Selamat Datang dan Selamat Memulakan Pengajian
Kepada pelajar-pelajar lama (senior) SELAMAT MEMULAKAN PENGAJIAN diucapkan. Semoga semester baru ini akan memberi semangat yang lebih dalam mencapai matlamat masing-masing.
Pendaftaran hari ini kebanyakkannya melibatkan mereka yang ditawarkan ke UiTM dari Diploma UiTM dan juga pelajar senior yang akan memulakan ke semester baru.
Pada hari ini dan hari esok adalah pendaftaran kolej. Pelajar-pelajar yang mendapat kolej haruslah mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Jangan pula buat sesuka hati dalam bilik asrama yang telah disediakan dan merosakkan kemudahan yang telah diberikan.
Pelajar-pelajar yang tidak mendapat kemudahan asrama boleh membuat rayuan atau boleh mencari rumah-rumah sewa.
Diharap dengan pembukaan semester baru ini akan membuatkan pelajar-pelajar dapat meningkatkan lagi motivasi diri untuk mencapai kecemerlangan di masa akan datang.
























